Friday, 3 June 2011

cerita dongeng

kejadian ini benar2 telah terjadi...namun sy x berapa nak ingat sgt bagaimana jalan ceritanya...
adakah masih boleh dianggap sbg pengajaran.....
anak lelaki sy yg berumur 2 thn 4 bulan ketika itu...sedang khusyuk mendengar mak sy a.k.a tok kpd ank sy bercerita ttg kisah sedih bagaimana kanak-kanak ditinggalkan sendirian di dalam hutan tanpa makan dan minum...cara penceritaan mak sy kdp adam sungguh berkesan kerana ditubir mata adam sudah kelihatan air mata yg hampir menitis...dek kerana kasihan melihat cucu yg hampir menangis maka mak sy pun buka lah cerita sang kancil dan juga harimau...
ceritanya lebih kurang begini...pd suatu hari ketika sang kancil berjalan-jalan di dalam hutan sang kancil telah terserempak dengan harimau...akibat kelaparan maka sang harimau pun hendak makan si kancil...disebabkan takut harimau memakannya maka kancil mencari helah...terlihat oleh si kancil akan seketul "bull shit" lalu dia pun mendapat idea....kata kancil kepada harimau "jangan lah makan aku...aku ini kecil saja...makan lah bengkang itu...sedap..." "benarkah bengkang itu sedap kancil?" tanya harimau..."benar...sedap...cubalah rasa..." nak pendek kan cerita...harimau pun makan "bengkang" tersebut....
tiba2 adam berkata kepada mak saya "tok....kancil tu besar mana???" "kancil tu kecik saja....sebesar ini saja" mak sy menunjukkan telapak tangannya kepada adam...adam diam sejenak...seperti berfikir saja lagaknya....
kemudian adam menyambung semula"tok...jgn bohong lah....x mau dah dengar cerita tok" "awat pulak???" mak sy pun pelik..."bohong lah tok...harimau besar xkan lah kena tipu dgn kancil yg kecik" "itu cerita dongeng saja..." mak sy masih x mengaku kalah..."cerita dongeng tu cerita apa tok???" tanya adam pulak..."cerita dongeng itu cerita x betul...cerita tipu..."mak sy jelaskan kpd adam begitu...."diam lah tok x mau dengar dah cerita tipu tu...nak tgk wander pets"...mak sy telah melihat adam berlalu begitu sahaja dgn tiada sepatah kata yg keluar dr mulutnya....
terfikir juga saya...knp masa kecik2 dulu kat tv selalu tayangkan cerita2 mcm tu....dan cikgu juga ada bercerita di dalam kelas....tp x ada pulak rakan2 yg menyoal seperti mana adam menyoal mak sy....
bagi tahap umurnya yg baru 2 thn 4 bulan ketika itu...di mana kah kita boleh kategorikan adam???
menurut teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget...perkembangan kognitif boleh dibahagikan kepada 4 iaitu peringkat deria motor (0-2thn), peringkat pra operasi (2-7 thn), peringkat operasi konkrit (7-11thn) dan peringkat operasi normal (11 thn ke atas).
adam berusia 2 thn 4 bulan maka dia berada dalam peringkat pra operasi yang mana menurut Piaget
  1. Tahap praoperasi ( sejak 2 tahun hingga 6 atau 7 tahun)
Pada tahap ini kanak-kanak mula mewakili dunia dengan kata-kata dan imej.  Pada tahap ini juga, kanak-kanak mula menggunakan Bahasa dan memikir secara simbolik, tetapi kekal intuitif dan egosentrisme(ketidakupayaan untuk membezakan antara perspektif seseorang dengan orang lain)

sebagai ibu kepada adam sudah tentu sy terfikir sejenak..adakah anak sy ini jika di asuh dr awal maka suatu hari ini dia boleh tergolong dalam kumpulan cerdik pandai?namun setelah melihat bagaimana sikapnya....sebagai ibu sy juga terfikir...tidak kah terlalu awal sy hendak memasukkan content kedalam mindanya?adakah sy terlalu mendesak?apakah akibatnya pada masa akan datang..implikasi kepada adam di masa hadapan?adakah adam akan akan meneruskan kesinambungan pembelajaran sepanjang hayat atau dia akan mula bosan bilamana pada peringkat umurnya dia sudah jauh ke hadapan...lihat saja kes2 kanak2 pintar sebelum ini...agak menggerunkan bilamana ketika kecil mereka diasuh menjadi pintar tetapi bila memasuki alam remaja meraka agak menyimpang walau pn sudah di kawal dengan rapi oleh ibu bapa...bukan sy mendoakan adam menjadi seperti itu tetapi sy sbg ibu harus jadikan kejadian2 itu sbg panduan dalam mendidik anak....anak2 zaman millennium semakin pintar...sebagai ibu bapa kita harus seiring dengan mereka agar anak2 ini tidak mencari sumber rujukan diluar sebaliknya ibu bapa dan guru sebagai sumber rujuk yg terdekat dan boleh dipercayai...

No comments:

Post a Comment